'Kenyataan Takiyuddin hina AJK Khas Bebas Darurat'

NOH OMAR
NOH OMAR
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mempertikaikan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang seolah-olah menafikan peranan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat.

Noh berkata, kenyataan tersebut merupakan satu penghinaan kepada beliau selaku ahli jawatankuasa yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kalau Yang di-Pertuan Agong bertindak sambung atau tamatkan darurat atas nasihat Kabinet, soalan saya kepada menteri, kenapa melantik kami dan sekarang menafikan peranan kami semua?

“Adakah menteri merujuk pada kenyataan Perdana Menteri mengenai peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ?

“Saya minta menteri jelaskan apa sebenarnya peranan jawatankuasa ini. Mengapa menteri Perikatan Nasional (PN) suka buat kenyataan bercanggah dan ‘flip flop’ yang boleh mengelirukan rakyat?” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Takiyuddin mengenai jemaah Menteri bertanggungjawab untuk meneruskan peranannya menasihati Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.

Mengulas lanjut, Noh berkata, berikutan Parlimen tidak bersidang, maka tiada semak dan imbang dilakukan, malah menteri boleh membuat keputusan sesuka hati.

“Sebelum ini seorang menteri sudah tutup pintu depan tapi ada pula menteri lain yang buka pintu belakang. Akibatnya jumlah mangsa Covid-19 semakin bertambah dan tempoh Sekatan Pergerakan Penuh terpaksa disambung lagi dua minggu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: