Luis Enrique optimis peluang Sepanyol

Walaupun beraksi tanpa beberapa pemain tonggak, namun Enrique yakin Sepanyol mampu melakar kejayaan
Walaupun beraksi tanpa beberapa pemain tonggak, namun Enrique yakin Sepanyol mampu melakar kejayaan
A
A
A

PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique tetap optimis dengan kemampuan skuad kendaliannya itu pada aksi pembukaan Kumpulan E, Euro 2020 berdepan Sweden di Estadio de La Cartuja, Sevilla pada awal pagi Selasa biarpun tanpa kehadiran beberapa pemain yang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Enrique mengakui, persiapan skuad La Roja itu sememangnya agak terjejas berikutan perkara berkenaan ; namun dia pemain-pemain sedia ada dilihat mampu untuk menggalas tugas bagi menjamin kejayaan pasukan.

“Apabila sesuatu berlaku khususnya perkara seperti ini dalam satu kejohanan besar, sudah pasti ia akan memberikan kesan kepada persiapan pasukan secara keseluruhannya.

“Bayangkanlah, jika anda seorang pemain yang telah pun mengharungi musim yang hebat bersama kelab anda tetapi apabila perkara seperti ini berlaku anda berdepan risiko untuk tidak beraksi pada kejohanan yang hanya berlangsung setiap empat tahun sekali.

“Pasti ia sesuatu yang sangat mengecewakan bagi seseorang pemain yang telah bertungkus lumus dan berusaha namun, tidak dapat beraksi hingga ke peringkat yang tertinggi,” katanya.

Untuk rekod, kapten La Roja, Sergio Busquets disahkan positif Covid-19 Ahad lalu manakala dua hari kemudian, tonggak pertahanan Diego Llorente pula disahkan positif.

Situasi berkenaan telah menyaksikan keseluruhan skuad menjalani proses isolasi dan memberikan peluang kepada skuad bawah-21 tahun berdepan Lithuania pada aksi persahabatan terakhir sebelum ke Euro 2020.

Sementara itu, Enrique berkata, kesemua pegawai serta pemain La Roja telah pun diberikan suntikan vaksin Covid-19 pada Jumaat sebagai langkah berjaga-jaga menjelang aksi berdepan Sweden nanti.

Artikel Berkaitan:

Katanya, suntikan vaksin itu sekali gus diharap dapat membantu persiapan Sepanyol pada edisi Euro kali ini.

“Biarpun telah menerima suntikan, kesemua pemain telah diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan Covid-19 ini,” katanya.