X

Kindly register in order to view this article
!

1,331,262 individu lengkap dua dos vaksin Covid-19

Dr Adham Baba - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,331,262 individu telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Sabtu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan menerusi akaun Twitternya, seramai 3,030,096 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini ialah sebanyak 4,361,358 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 174,302 dos, diikuti Sarawak (141,972), Perak (126,876) Johor (126,673) dan Kuala Lumpur (122,797).

Sementara itu, menurut laporan harian jumlah pemberian dos vaksin harian oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang dikongsikan Dr Adham, sebanyak 133,804 dos telah diberikan pada Sabtu melibatkan 100,360 dos pertama dan 33,444 dos kedua. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!