Pengangkutan awam hanya perlu kemuka surat MOT

MOT berkata, setiap perkhidmatan teksi dan e-hailing dihadkan kepada kapasiti dua orang sahaja iaitu seorang pemandu dan seorang penumpang.
MOT berkata, setiap perkhidmatan teksi dan e-hailing dihadkan kepada kapasiti dua orang sahaja iaitu seorang pemandu dan seorang penumpang.
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk teksi dan e-hailing hanya perlu mengemukakan surat Kementerian Pengangkutan (MOT) sebagai bukti kebenaran beroperasi dalam tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang dilanjutkan hingga 28 Jun ini.

MOT dalam satu kenyataan berkata, pemandu teksi boleh mendapatkan surat kebenaran beroperasi daripada Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) di https://application.mot.gov.my. manakala pemandu e-hailing pula boleh mendapatkan salinan surat kebenaran MOT yang telah diberikan kepada syarikat operasi e-hailing masing-masing.

Sebelum ini, MOT dilaporkan berkata, Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat diperlukan sebagai bukti kebenaran beroperasi di sekatan jalan raya.

Pada Sabtu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk teksi dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang dilanjutkan hingga 28 Jun ini dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ketat.

MOT berkata, setiap perkhidmatan teksi dan e-hailing dihadkan kepada kapasiti dua orang sahaja iaitu seorang pemandu dan seorang penumpang.

Bagaimanapun bagi tujuan perubatan seperti janji temu hospital yang disertakan surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera atau bagi tujuan kecemasan, tiga orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing pada satu-satu masa

Sekatan Pergerakan Penuh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dijadualkan tamat pada 14 Jun ini bersambung selama dua minggu lagi berkuat kuasa 15 hingga 28 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira jumlah kes baharu harian yang masih tinggi iaitu melebihi 5,000 kes sehari. - Bernama

Artikel Berkaitan: