Eriksen rebah bukan kerana Covid-19

Pasukan perubatan Denmark memberikan bantuan kecemasan kepada Eriksen selepas pemain itu rebah secara tiba-tiba pada perlawanan menentang Finland.
Pasukan perubatan Denmark memberikan bantuan kecemasan kepada Eriksen selepas pemain itu rebah secara tiba-tiba pada perlawanan menentang Finland.
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif Inter Milan, Giuseppe Marotta menafikan Covid-19 menjadi punca Christian Eriksen rebah atas padang secara tiba-tiba ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan Denmark dalam perlawanan Euro 2020 di Stadium Parken, Copenhagen pada awal pagi Ahad.

Marotta mengesahkan perkara itu sekali gus menafikan tuduhan melulu yang dibuat sesetengah pihak mengaitkan virus tersebut dengan situasi yang berlaku kepada pemain Inter Milan itu.

Bagaimanapun, Marotta tidak boleh memberikan sebarang informasi terkini mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada Eriksen kecuali pasukan perubatan Denmark melakukannya terlebih dahulu.

"Dia tidak dijangkiti Covid-19 dan juga masih belum divaksin. Buat masa ini Eriksen berada di bawah seliaan pasukan perubatan Denmark.

"Pihak pasukan Denmark akan menguruskan segalanya tetapi pihak perubatan di Inter juga telah menghubungi mereka dan meneliti situasai semasa tersebut," katanya.

Kejadian yang berlaku kepada Eriksen itu menyebabkan perlawanan antara Denmark dan Finland terpaksa dihentikan seketika sebelum disambung semula dengan kemenangan 1-0 memihak kepada Finland.

Pemain berusia 29 tahun itu juga dilaporkan dalam keadaan stabil dan Kesatuan Bola Sepak Denmark mengesahkan pemain tengahnya itu sedang menerima rawatan lanjut di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Denmark, Christian Eriksen rebah ketika perlawanan menentang Finland

Artikel Berkaitan:

Eriksen stabil, jalani rawatan di hospital

Dalam pada itu, Marotta juga memberitahu Eriksen telah menghantar mesej kepada rakan sepasukannya di Inter Milan selepas sedar daripada insiden itu.

"Para pemain kami sangat rapat dengannya dan segera berkomunikasi antara satu sama lain selepas melihat insiden yang berlaku kepada Eriksen.

"Kami tidak berniat untuk mengganggu dan akan memberikan ruang kepada dia untuk pulih sepenuhnya selepas yakin dia dalam keadaan stabil.

"Saya hanya dapat mengatakan bahawa 10 minit yang lalu Eriksen sendiri menghantar mesej kepada kami," katanya.