Austria azam catat kemenangan sulung di Euro 2020

Foda - Foto Euro 2020 Austria Training
Foda - Foto Euro 2020 Austria Training
A
A
A

SETELAH melalui dua edisi Euro yang mengecewakan, pengendali Austria, Franco Foda berazam untuk memastikan pasukan berkenaan mencatat kemenangan sulung pada saingan bola sepak di pentas Eropah apabila berdepan Macedonia Utara di Arena Nationala, Bucharest, pada Isnin.

Menurut Foda, dia mahu skuad kendaliannya itu melakar sejarah tersendiri pada Euro 2020 setelah tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan dalam enam perlawanan di peringkat kumpulan bagi edisi 2008 dan 2016 lalu.

“Saya yakin, pasukan ini mampu mencatatkan sejarah tersendiri dengan melakar kemenangan sulung di pentas Euro kali ini.

“Saya juga mahu memastikan saya dapat menurunkan kesebelasan terbaik termasuk pemain bintang, Marko Arnautovic pada perlawanan ketujuh Austria pada edisi Euro.

“Justeru, Arnautovic diharap sembuh dan kembali cergas untuk diturunkan setelah mengalami kecederaan pangkal paha baru-baru ini,” katanya.

Dalam masa sama Foda turut berharap seorang lagi penyerang, Sasa Kalajdzic dan bintang Bayern Munich, David Alaba dapat diturunkan bagi memperkuatkan lagi pasukan.

Sementara itu, kapten Macedonia Utara, Goran Pandev berkata, pasukan berkenaan akan tetap bersedia bagi mengharungi aksi pembukaan berdepan Austria pada Euro kali ini.

Artikel Berkaitan:

Foda berharap Arnautovic dapat diturunkan.
Foda berharap Arnautovic dapat diturunkan.

Malah katanya, kesemua pemain skuad The Lynx itu akan cuba memberikan aksi terbaik dalam usaha mencatat keputusan positif pada penampilan sulung di Euro 2020.

“Kami percaya semua pemain telah bersedia pada debut kami di Euro 2020 kali ini dan kami akan cuba melakukan yang terbaik bagi menggembirakan rakyat Macedonia,” katanya.