X

Kindly register in order to view this article
!

5 terbunuh, 6 cedera ribut landa Pakistan Barat

Ribut dan hujan lebat landa wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan.
A
A

ISLAMABAD - Lima terbunuh dan enam yang lain cedera dalam bencana ribut dan hujan lebat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan, kata Lembaga Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA) pada Sabtu.

Bencana itu menyebabkan lapan rumah musnah, kata PDMA dalam satu kenyataan.

Berikutan itu pihak pentadbiran menasihatkan penduduk di lokasi terjejas untuk senantiasa berwaspada, kata PDMA lapor Agensi Berita Xinhua.

Sementara itu,satu daripada lebuh raya utama di kawasan pelancongan di daerah Chitral terjejas akibat hakisan sungai, usaha baik pulih sedang dilakukan.

Mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Jabatan Meteorologi Pakistan meramalkan lebih banyak hujan akan melanda Khyber Pakhtunkhwa dan wilayah Punjab pada Sabtu dan Ahad malam.

Pelancong yang mahu mengunjungi resort di Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab dinasihat untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca sebelum merancang perjalanan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!