Scotland mahu menang berdepan Czech

Scotland mahu menang berdepan Republik Czech
Scotland mahu menang berdepan Republik Czech
A
A
A

PENGENDALI Scotland, Steve Clark menegaskan jika skuad kendaliannya berjaya menewaskan Republik Czech pada aksi pembukaan Kumpulan D Euro 2020 pada Isnin, ia bakal menjadi antara kejayaan terbesar skuad berkenaan.

Menurutnya, kejayaan skuad The Tartan Terries itu secara keseluruhannya dilihat bakal menyuntik semangat Scotland untuk terus beraksi cemerlang pada saingan kali ini.

“Jika kami berjaya menewaskan Republik Czech, ia pasti menjadi kemenangan yang paling bermakna bagi bola sepak Scotland secara keseluruhannya dan ia pasti akan menjadi berita yang ‘besar.’

“Apa pun, kami sebenarnya memburu tiga mata dan kami percaya skuad Republik Czech juga begitu kerana dengan tiga mata pada aksi pembukaan hampir pasti menjamin kedudukan pasukan untuk berada di kedudukan 16 pasukan terbaik,” katanya.

Scotland bakal berdepan Republik Czech di Hampden Park pada awal pagi Isnin dan dijangka sekitar 12,000 penonton bakal hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

Untuk rekod, ia adalah penampilan ketiga Scotland pada saingan Euro setelah edisi 1992, 1996 lalu.

Sementara itu Clarke menyifatkan Scotland juga turut berazam untuk mencatatkan kemenangan ke atas pasukan pilihan, England, pada Euro kali ini.

“Biarpun kelihatan mustahil namun saya percaya hasrat berkenaan mampu direalisasikan kelak.

Artikel Berkaitan:

“Lagipun, kehadiran kami kali ini adalah untuk meraih tiga mata pada setiap perlawanan dan jika ia berjaya direalisasikan, tidak mustahil untuk kami mara lebih jauh,” katanya.