Copa Amerika: Pemain, pegawai skuad Venezuela positif Covid-19

No Image Caption
A
A
A

SERAMAI 12 individu termasuk pemain dan pegawai daripada skuad Venezuela disahkan positif Covid-19 sehari sebelum aksi pembukaan menentang tuan rumah Brazil sempena Copa America, kejuaraan berprestij bola sepak Amerika Selatan.

"Pihak jabatan kesihatan telah pun dimaklumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) bahawa seramai 12 ahli skuad bola sepak Venezuela termasuk pemain dan jurulatih di dapati positif Covid-19," kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, penganjur asal, Argentina dan Colombia masing-masing berdepan masalah pandemik itu selain bantahan orang ramai sebelum Brazil mengambil keputusan menjadi tuan rumah selepas badan induk bola sepak Amerika Selatan tersebut menamatkan usahasama dengan Argentina.

Artikel Berkaitan: