Euro 2020: Mannschaft tekad buktikan kemampuan

Kroos (tengah) giat menjalani latihan bersama Mats Hummels dan Thomas Mueller sebagai persiapan mengharungi kempen Euro 2020.
Kroos (tengah) giat menjalani latihan bersama Mats Hummels dan Thomas Mueller sebagai persiapan mengharungi kempen Euro 2020.
A
A
A

JERMAN bertekad melakar kemenangan pada aksi Kumpulan F Euro 2020 menentang Perancis di Allianz Arena, Munich dalam usaha menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuan gergasi bola sepak dunia pada kempen kali ini.

Pemain tengah, Toni Kroos berkata, skuad kendalian Joachim Low itu perlu membuktikan sesuatu terutamanya kepada penyokong-penyokong Die Mannschaft selepas diundi dalam kumpulan maut tersebut.

“Kedua-dua pasukan merupakan pasukan yang kuat, jadi tiada apa yang perlu disembunyikan kerana sememangnya telah diketahui umum sebelum ini.

“Namun itu ketika saingan Piala Dunia 2018, sebaliknya kini semuanya telah berubah apatah lagi selepas tewas kepada Sepanyol dan Macedonia Utara,” kata pemain Real Madrid berkenaan.

Pada saingan Euro kali ini, Jerman yang tampil dengan misi meraih kejuaraan keempat kejohanan berprestij negara Eropah tersebut turut diundi bersama juara bertahan, Portugal dan Hungary.

Artikel Berkaitan: