X

Kindly register in order to view this article
!

Cheng Hoe komited berikan terbaik: Yusoff

Yusoff Mahadi
A
A

PENGURUS pasukan Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengulangi bahawa ketua jurulatih Tan Cheng Hoe akan terus memberikan komitmen penuh kepada skuad kebangsaan sekalipun sedang berduka selepas ayahnya Tan Chooi Siak, 95, meninggal dunia semalam.

Mendiang meninggal dunia di kediamannya di Alor Setar, kira-kira 12 jam sebelum sepak mula pertemuan Malaysia dan Vietnam dalam pusingan kedua Kumpulan G pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal hari ini yang menyaksikan skuad kebangsaan tewas tipis 1-2.

“Sebelum perlawanan kita ada bertemu beliau, walaupun dalam kesedihan beliau tetap memberikan sepenuh tumpuan untuk perlawanan itu. Malah, pemain-pemain juga berjanji untuk beri yang terbaik.

“Kalau menang, mungkin dapat meredakan kekecewaan Cheng Hoe, malangnya ia tidak menjadi seperti yang kita jangkakan,” kata Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sementara itu, Mohd Yusoff berharap skuad Harimau Malaya dapat mencatatkan kemenangan dalam aksi terakhir kumpulan menentang Thailand pada Selasa supaya moral pemain kekal positif bagi terus memburu slot ke Piala Asia 2023 pada pusingan seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga harap Cheng Hoe tidak terkesan pemergian bapa


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!