Euro 2020: Gunes akui Itali lebih berkualiti

Pemain Itali, Domenico Berardi cuba melepasi halangan Demiral ketika aksi Kumpulan A Euro 2020 menentang Turki di Stadium Olimpico, Rom.
Pemain Itali, Domenico Berardi cuba melepasi halangan Demiral ketika aksi Kumpulan A Euro 2020 menentang Turki di Stadium Olimpico, Rom.
A
A
A

PENGENDALI Turki, Senol Gunes mengakui barisan pemain mudanya mempamerkan persembahan hambar ketika tewas 0-3 kepada Itali dalam aksi pembuka Euro 2020 di Stadium Olimpico, Rom.

Namun bekas pengendali kelab liga Turki, Beşiktas berusia 69 tahun itu tetap bangga kerana pemain-pemainnya berusaha memberi saingan sengit kepada skuad kendalian Roberto Mancini yang ternyata lebih berkualiti.

“Sebenarnya saya mengharapkan corak permainan yang lebih baik daripada pemain, namun kami tewas kepada pasukan lawan yang jauh lebih baik dalam semua bahagian.

“Biarpun begitu saya tetap berbangga dengan semangat dalam kalangan pemain-pemain Turki yang tetap memberi tekanan kepada lawan yang ternyata menguasai keseluruhan rentak perlawanan.

“Kami memohon maaf kepada penyokong-penyokong Turki berikutan kekalahan ini, namun tidak bermakna kami tidak bersedia dan bermotivasi untuk berdepan Wales selepas ini,” katanya.

Turki terlepas dulu ketinggalan pada babak kedua hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Turki, Merih Demiral pada minit ke-53 untuk membolehkan The Azzurri membuka akaun gol pada kempen kali ini.

Jaringan tersebut ternyata menyuntik semangat anak buah Mancini yang kemudiannya menambah dua lagi jaringan hasil sentuhan Ciro Immobile pada minit ke-66 dan Lorenzo Insigne pada minit ke-79 untuk kemenangan 3-0.

Artikel Berkaitan: