X

Kindly register in order to view this article
!

Isu Jajaran Harapan: Pas Johor ingatkan jangan silap kali kedua

Ketua Penerangan Pas Johor, Rusman Kemin
A
A

JOHOR BAHRU - Pas Johor mengingatkan pihak yang ingin bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan baharu supaya tidak terpedaya sebaliknya meneruskan kerajaan sedia ada.

Ketua Penerangan Pas Johor, Rusman Kemin berkata, rakyat sudah selesa dengan kerajaan ketika ini dan mahukan perpaduan ummah terus diperkasa.

"Berita baru yang semakin kuat bertiup kini dengan nama Jajaran Harapan kononnya PH bersama-sama UMNO akan bergabung untuk membentuk kerajaan baharu.

"PH semua orang tahu siapa dia. Jangan silap buat kali kedua. Pas ada pengalaman panjang bersama mereka yang ada dalam PH. Kami berpesan jangan terpedaya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Rusman, wajah sebenar PH yang buruk terserlah melalui kerosakan pentadbiran mereka yang memberi tekanan kepada rakyat termasuk bukan Melayu.

Tambahnya, pada waktu itu semua orang mulai sedar perpaduan ummah mesti dikembalikan dan Pas mengambil peluang itu dengan memperjuangkannya bersama UMNO.

"Rakyat seluruh negara bangkit kegirangan melihat Pas dan UMNO bekerjasama. Ramai pemimpin bawahan dan orang kebanyakan berkata, inilah yang selama ini kami impikan," katanya.

Beliau berkata, perpaduan ummah adalah istilah yang dilihat bersifat islamik, namun sesuai bagi Malaysia dengan majoriti penduduknya Melayu dan beragama Islam.

Katanya, walaupun bukan konsep pemerintahan kerajaan, namun slogan itu sudah meresap dalam jiwa rakyat termasuk yang bukan Islam, semuanya sepakat berkongsi nikmat dan kekayaan negara.

"Tetapi keadaan ini mula terhakis sedikit demi sedikit dan memuncak apabila PH mengambil alih pentadbiran negara. Keistimewaan Melayu dan Islam sebagai agama bagi persekutuan telah berani dipertikaikan.

"Tertubuhnya banyak parti baharu yang menyebabkan orang Melayu semakin berpecah," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!