PKPD: Laluan tikus ditutup, dipantau

Ab Rashid (kiri) turun padang meninjau gerak kerja dan penugasan anggota pasukan keselamatan di PKPD Kampung Kutan Tengah, Tumpat pada Sabtu.
Ab Rashid (kiri) turun padang meninjau gerak kerja dan penugasan anggota pasukan keselamatan di PKPD Kampung Kutan Tengah, Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Laluan tikus yang telah ditutup di dua lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat iaitu di Kampung Kutan Tengah, Pasir Pekan dan Ketil, Pengkalan Kubor di sini akan tetap dipantau pihak polis.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan berlaku pergerakan keluar masuk penduduk di kedua-dua lokaliti PKPD itu.

"Kita ambil serius perkara ini bagi memastikan rantaian Covid-19 berjaya diputuskan dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita ketika meninjau gerak kerja dan penugasan anggota pasukan keselamatan di PKPD Kampung Kutan Tengah pada Sabtu.

Menurutnya, walaupun kawasan itu telah ditutup menggunakan kawat berduri namun rondaan tetap perlu diteruskan dari masa ke masa.

Beliau berkata, polis berharap penduduk di kedua-dua lokaliti itu dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan menerusi arahan PKPD.

Ab Rashid tanpa berselindung mengakui penugasan di PKDP Kutan Tengah dan Ketil agak mencabar dan melibatkan penggunaan tenaga yang ramai.

Katanya, polis dan pasukan keselamatan lain sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi 'ujian' itu.

"Walau bagaimanapun, penugasan jenayah lain tetap dilakukan bagi memastikan keselamatan daerah Tumpat berada pada tahap terbaik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, pemasangan kawat berduri di Kampung Kutan Tengah dan Ketil sudah dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).