X

Kindly register in order to view this article
!

50 peratus penguat kuasa KPDNHEP sudah divaksin

Rosol melakukan pemeriksaan pematuhan SOP Akta 342 di Pasar Raya TF Value Mart di sini pada Sabtu.
A
A

SUNGAI BESAR - Kira-kira 50 peratus penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya sebelum ini membuat permohonan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk memasukkan penguat kuasa KPDNHEP sebagai penerima vaksin.

"Kita terima maklum balas positif dan menteri telah menjawab dengan menyenaraikan anggota KPDNHEP antara penerima vaksin Covid-19," katanya dalam sidang akhbar selepas pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Akta 342 di Pasar Raya TF Value Mart di sini, pada Sabtu.

Rosol memberitahu, pada masa ini, keutamaan diberikan kepada penguat kuasa KPDNHEP berbanding mereka yang bertugas di pejabat.

"Anggota penguat kuasa KPDNHEP juga dianggap sebagai petugas barisan hadapan dan mereka terdedah risiko kerana berhadapan dengan orang awam," katanya.

Rosol berkata, mengikut perkiraan terdapat seramai 2,200 anggota penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!