Padah tunggang motosikal curi

Suspek dan motosikal yang ditahan susulan pemeriksaan itu.
Suspek dan motosikal yang ditahan susulan pemeriksaan itu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal curi akhirnya mengundang padah apabila dia ditahan polis dalam satu kejadian di Taman Sutera Utama, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, lelaki tempatan berusia 42 tahun itu ditahan susulan polis mendapati motosikal ditungganginya mempunyai nombor casis yang sudah dicanai.

Menurutnya, ekoran gerak geri suspek yang mencurigakan, dia kemudiannya diarahkan untuk menjalani pemeriksaan oleh anggota polis yang sedang meronda di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan tubuh suspek kita tidak menemui apa-apa pemilikan yang salah. Tetapi ketika anggota membuat pemeriksaan nombor enjin dan chasis motosikal dinaikinya kita dapati nombornya telah diganggu (dicanai).

“Semakan nombor pendaftaran dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kemudiannya mendapati ia didaftarkan atas penama lain,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Taib berkata, suspek kemudiannya ditahan kerana gagal memberi keterangan terhadap pemilikan motosikal berkenaan.

Beliau berkata, suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine berdasarkan saringan ujian air kencing yang dilakukan.

“Suspek diserah kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

“Sehubungan itu, saya juga ingin memohon kerjasama semua masyarakat untuk sentiasa menyalurkan maklumat bagi memastikan persekitaran perumahan kita sentiasa selamat,” katanya.