Beroperasi 24 jam, tawar kegiatan persundalan

Antara wanita yang ditahan.
Antara wanita yang ditahan.
A
A
A

PUCHONG - Tidak sangka, rupanya disebalik pintu magnet yang dikawal menggunakan alat kawalan jauh merupakan sebuah premis yang menawarkan kegiatan persundalan.

Kegiatan haram di premis terletak di Bandar Puteri Puchong, di sini, itu bagaimanapun berjaya dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Putrajaya dalam serbuan, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam serbuan kira-kira jam 7 petang, dapati premis yang beroperasi 24 jam itu dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) selain mempunyai ‘tonto’ yang akan selalu berada diluar premis untuk mengawasi pergerakan pihak berkuatkuasa.

Menurutnya, namun tindakan pantas pihaknya berjaya menahan 15 wanita berusia lingkungan 20-an membabitkan warga Vietnam dan Indonesia disyaki pelacur.

"Turut ditahan adalah dua lelaki warga Myanmar merupakan pekerja premis dan seorang lelaki tempatan yang menjadi penjaga dan penyelia.

"Selain itu, 11 orang pelanggan yang berada di dalam premis semasa serbuan turut diberi notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

Antara wanita yang ditahan.
Antara wanita yang ditahan.

Beliau berkata, siasatan mendapati premis terbabit disyaki menawarkan aktiviti seks melalui aplikasi WeChat dengan harga dari RM178 bagi tempoh masa 45 minit.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Khairul Dzaimee turut mendedahkan wanita terbabit disediakan tempat tinggal di premis yang sama oleh penjaganya. Setiap bilik yang digunakan untuk perkhidmatan seks ini dihiasi dan mempunyai bilik mandi di setiap bilik.

Katanya, pintu ke tingkat dua pula dilindungi dengan cermin bagi mengaburi pihak penguat kuasa mengesan laluan di antara tingkat satu dan dua.

"Ketika serbuan, penjaga premis terus mematikan bekalan elektrik dan lampu di tingkat dua sebagai amaran untuk wanita itu yang berada di bilik bersama pelanggan," katanya.

Tambahnya, risikan pihaknya juga mendapati premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan ini kerap dikunjungi oleh pelanggan warganegara asing seperti Belgium, Iran, Jepun dan Korea.

"Siasatan terus dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.