Kumpulan M40, T20 terkesan pendapatan layak mohon bantuan

Adissadikin
Adissadikin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas pendapatan akibat daripada pandemik Covid-19 ataupun perintah kawalan pergerakan termasuk daripada kumpulan M40 dan T20 layak memohon bantuan bayaran balik pembiayaan.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Adissadikin Ali berkata, kelayakan tersebut adalah selari dengan pembentangan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Pemerkasa Tambahan yang diumumkan oleh kerajaan pada awal Jun.

Menurutnya, bank-bank ahli AIBIM telah merangka proses pengesahan dan keperluan dokumentasi yang ringkas bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan bayaran balik pembiayaan itu.

“Bagi para pelanggan, selain daripada kategori yang dinyatakan di atas, sekiranya menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik atau PKP, tidak kira sama ada individu atau perniagaan, boleh menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan bantuan berkaitan dengan skim penjadualan semula dan penstrukturan semula yang bersesuaian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Adissadikin berkata, bagi pemohon dalam kumpulan M40 dan T20 yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 atau 2021 dan masih belum bekerja sewaktu memilih bantuan, kelulusan adalah secara automatik.

"Bantuan yang diberikan adalah tiga bulan penangguhan bayaran balik pembiayaan atau pengurangan bayaran balik pembiayaan sebanyak 50 peratus selama enam bulan," katanya.

Menurutnya, bagi pemohon yang masih bekerja namun mengalami pengurangan jumlah pendapatan, mereka ditawarkan bantuan pengurangan bayaran balik pembiayaan selama enam bulan mengikut jumlah pengurangan pendapatan. -Bernama

Artikel Berkaitan: