Kes penghinaan institusi diraja meningkat: Hamzah

Hamzah Zainudin
Hamzah Zainudin
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati mengeluarkan kenyataan boleh menganggu gugat atau melakukan hasutan terhadap institusi diraja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini kerana pihaknya mendapati akhir-akhir ini terdapat kenaikan kes penghinaan terhadap institusi diraja.

“Yang boleh menyebabkan (gangguan) ketenteraman awam kita akan ambil (tindakan) mengikut lunas perundangan dalam negara kita ini.

“Insya-ALLAH kita ingin melihat kejayaan dalam menghadapi Covid-19 ini boleh dicapai apabila kita semua dapat bergabung tenaga,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Hamzah turut mengulas mengenai cadangan penubuhan sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia kata apa? Dia mencadangkan supaya mengadakan Mageran dan bagi pada dia.

“Kalau dia tidak berhenti dulu, tak jadi permintaan itu kot.

“Kalau anda (Dr Mahathir) sudah berhenti (menjadi) Perdana Menteri yang lebih besar, cukup-cukup lah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Mahathir sebelum ini mencadangkan penubuhan sebuah badan seperti Mageran ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, cadangan itu dikemukakan atas keyakinan ia mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara, kesan penularan pandemik Covid-19.