X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Kerajaan dijangka tampung subsidi RM8 bilion

Kerajaan dijangka menampung subsidi barangan sehingga RM8 bilion iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi daripada yang diperuntukkan. - Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan dijangka menampung subsidi barangan sehingga RM8 bilion iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi daripada yang diperuntukkan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan.

Tambah beliau, pelbagai langkah belanjawan dan inisiatif yang ditambah baik akan terus disalurkan sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021.

“Sebahagian daripada inisiatif yang dilanjutkan atau ditambah baik melalui Program Strategik Memperkasakan Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Program Subsidi Upah 3.0.

“Selain itu, Geran Khas Prihatin 3.0, Pembiayaan Kos Rendah Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) Bank Negara Malaysia (BNM) serta bantuan pemandu bas, teksi dan e-hailing,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Zafrul menegaskan, kerajaan tetap meneruskan dasar pengekalan harga bagi barangan runcit.

Menurutnya, perkara tersebut ialah petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak bersubsidi.

“Bagi petrol RON95 berharga RM2.05 per liter kekal sejak 10 Februari 2021, diesel RM2.15 per liter (10 Februari 2021), LPG RM1.90 per kilogram (sejak Jun 2012) dan minyak masak bersubsidi RM2.50 pek 1kg (sejak 1997),” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!