England dijangka turunkan ‘barisan seimbang’

Southgate bakal menurunkan kesebelasan ‘seimbang’ bagi aksi Kumpulan D Euro 2020 berdepan Croatia di Stadium Wembley, pada Ahad.
Southgate bakal menurunkan kesebelasan ‘seimbang’ bagi aksi Kumpulan D Euro 2020 berdepan Croatia di Stadium Wembley, pada Ahad.
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate bakal menurunkan kesebelasan ‘seimbang’ bagi aksi Kumpulan D Euro 2020 berdepan Croatia di Stadium Wembley, pada Ahad.

Menurut Southgate, kesebelasan ‘seimbang’ itu dilihat penting bagi memastikan skuad The Three Lions itu memiliki kekuatan seimbang di semua posisi bagi berdepan skuad The Blazers itu.

Malah difahamkan, Southgate juga bakal menggunakan format 4-3-3 pada perlawanan berkenaan dalam usaha meraih kemenangan sulung pada Euro kali ini.

“Saya tidak bercadang untuk memilih kesebelasan pemain bagi ‘fantasy football’ pada Euro kali ini walaupun ada menerima cadangan daripada penyokong yang mencadangkan kesebelasan peman untuk diturunkan pada Euro kali ini.

“Kita mesti tunjukkan bahawa skuad kali ini memiliki segala-galanya untuk muncul juara kali ini berikutan kebanyakan pemain muda kita memiliki pengalaman beraksi pada perlawanan-perlawanan besar dan penting,” katanya.

Southgate
Southgate

Berdasarkan kepada percaturan yang dirangka Southgate, antara pemain yang dijangka bakal beraksi berdepan Croatia adalah seperti Raheem Sterling, Jack Grealish, Marcus Rashford, Harry Kane, Phil Foden, Mason Mount, Jadon Sancho termasuk beberapa pemain lain yang dilihat bakal menyempurnakan ‘kesebelasan seimbang’ yang dimaksudkannya.

Sementara itu, Southgate menyifatkan lima pertukaran pemain yang dibenarkan pada Euro kali ini adalah satu keputusan yang baik.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pertukaran lima pemain itu bakal menyaksikan sekurang-kurangnya 16 pemain bakal terlibat pada perlawanan-perlawanan yang berlangsung dan ini sekali gus memberikan peluang kepada semua pemain beraksi.

“Jika dahulu hanya ada sekelompok pemain yang beraksi pada kesebelasan utama, pemain yang sama akan menjadi pemain gantian.

“Tetapi dengan kebenaran pertukaran lima pemain, perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan semua pemain akan berpeluang beraksi,” katanya.