Reman pegawai polis disyaki rogol tahanan wanita disambung tiga hari

Tempoh reman terhadap seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang sedang disiasat selepas didakwa merogol seorang tahanan wanita di Kota Bharu dilanjutkan selama tiga hari lagi hingga 14 Jun ini. - Foto Bernama
Tempoh reman terhadap seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang sedang disiasat selepas didakwa merogol seorang tahanan wanita di Kota Bharu dilanjutkan selama tiga hari lagi hingga 14 Jun ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Tempoh reman terhadap seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang sedang disiasat selepas didakwa merogol seorang tahanan wanita dilanjutkan selama tiga hari lagi hingga Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, sebelum ini pegawai cawangan narkotik berusia 29 tahun itu direman selama empat hari sejak Rabu lepas.

“Perintah (sambung reman) itu dikeluarkan hari ini oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kota Bharu Amni Johari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Wan Khairuddin berkata, sambungan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sebelum ini dilaporkan pegawai polis berkenaan didakwa memaksa tahanan wanita itu antara lain melakukan seks oral di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini.

Kejadian itu didakwa berlaku pada 5 Jun lepas ketika pegawai tersebut menjalankan siasatan ke atas tahanan wanita berusia 27 tahun berkenaan yang ditangkap bersama bekas suaminya berhubung kes dadah. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai polis ditahan, disyaki rogol tahanan wanita

Artikel Berkaitan: