X

Kindly register in order to view this article
!

Polis kerjasama dengan SKMM siasat 'Skala Gred SPM'

A
A

PUTRAJAYA - Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat hantaran di media sosial mengenai ‘Skala Gred SPM’ kononnya milik Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada LPM pada Jumaat.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya telah menerima laporan berkaitan perkara itu daripada pihak LPM malam tadi dan siasatan kes itu sedang giat dilakukan daripada setiap sudut.

“Kita masih siasat dan akan bekerjasama dengan SKMM dalam hal berkenaan kerana maklumat itu tular di media sosial,” katanya pada Sabtu.

Pada Jumaat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan hantaran di media sosial Facebook milik MamaMia Mia mengenai ‘Skala Gred SPM’ yang sedang tular bukan milik LPM.

KPM dalam satu kenyataan berkata, hantaran tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti LPM sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

’Skala Gred SPM’ tersebut menggambarkan seolah-olah ianya gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Dalam isu itu telah tular mengenai hantaran di media sosial Facebook milik MamaMia Mia mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A” dan #bilasekolahdipolitikkan.

ARTIKEL BERKAITAN: KPM nafi ‘Skala Gred SPM’ milik Lembaga Peperiksaan


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!