X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 5,793 kes baharu, kes sembuh tertinggi 8,334 kes

Kes baharu positif Covid-19 menurun kepada 5,793 kes baharu pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 yang direkodkan sebanyak 8,334 pada Sabtu adalah yang tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 572,113 kes daripada jumlah keseluruhan kes.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,793 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan kes negara ini mencatatkan 652,204 kes.

Menurut beliau, semua negeri dan wilayah merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan Selangor kekal tertinggi iaitu 1,582 kes.

“Ia diikuti Negeri Sembilan (618), Sarawak (569), Kuala Lumpur (559), Johor (504), Sabah (378), Kelantan (337) manakala Kelantan (337).

“Selain itu, Labuan pula merekodkan 250 kes, Perak (218), Pulau Pinang (198), Melaka (178), Kedah (171), Pahang (121), Terengganu (82), Putrajaya (23) dan Perlis (5),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 24 kluster baharu dikesan yang terdiri daripada 15 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti dan dua kluster pusat tahanan.

Katanya, sebanyak 76 kes kematian direkodkan pada Sabtu melibatkan 27 kes di Selangor, manakala Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing sembilan kes, lapan kes di Johor serta masing-masing lima kes di Sabah dan Melaka.

“Empat kes di Sarawak, tiga kes di Kelantan, dua kes di Kedah serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Labuan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!