Sembilan lokasi PKPD dipasang kawat duri

Kawat duri dipasang bagi mengawal pergerakan masyarakat melibatkan lima kawasan di Kampung Kutan Tengah dan empat lokasi di Kampung Ketil.
Kawat duri dipasang bagi mengawal pergerakan masyarakat melibatkan lima kawasan di Kampung Kutan Tengah dan empat lokasi di Kampung Ketil.
A
A
A

TUMPAT - Sembilan lokasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Kutil Tengah dan Kampung Ketil dipasang kawat duri (Concertina Wire) bermula Jumaat sehingga 24 Jun ini.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Abu Hasan Assha'ari Kamis@Shaffiee berkata, lokasi itu melibatkan lima kawasan di Kampung Kutan Tengah dan empat lokasi di Kampung Ketil.

"Seramai dua pegawai dan 41 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri daripada pasukan 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja mengepung dan memasang 45 gelung kawat duri di kawasan tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kami sentiasa komited dan sedia untuk membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Kelantan untuk mengawal serta menyekat penularan Covid-19 dalam komuniti setempat di kawasan berisiko tinggi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Abu Hasan berkata, pihaknya juga turut membantu membuat penugasan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu PPV Wakaf Bharu dan Pasir Pekan.

Malah katanya, pelaksanaan tugas ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu menekankan peningkatan hubungan tentera darat dengan orang awam.

Artikel Berkaitan: