Saringan bersasar Covid-19 Selangor, 3,342 mungkin positif

Program saringan bersasar yang dijalankan bermula 8 Mei lalu. - Gambar hiasan
Program saringan bersasar yang dijalankan bermula 8 Mei lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 97,565 individu menjalani saringan bersasar Covid-19 di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bermula 8 Mei hingga 10 Jun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daripada jumlah itu sebanyak 3.43 peratus atau 3,342 berkemungkinan positif Covid-19.

Menurutnya, kerajaan negeri akan meneruskan program sama bagi fasa ketiga susulan keberkesanan dan kepentingan ujian saringan percuma itu.

"Dalam fasa ketiga, kerajaan negeri menyasarkan 100,000 individu akan disaring dengan menumpukan kepada kawasan 'hotspot' kes serta kawasan industri dan perkilangan.

"Terima kasih kepada warga Selangor yang hadir dan tidak lupa kepada para petugas serta badan berkuasa yang terlibat sepanjang program Saringan Covid-19 Komuniti Bersasar," katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu.

Menerusi ciapan tersebut, beliau berkongsi rumusan keputusan saringan yang menyaksikan DUN Seri Setia mencatatkan angka kemungkinan positif Covid-19 tertinggi dengan 171 kes diikuti Gombak Setia (167) dan Taman Templer (161).

Artikel Berkaitan: