Alhamdulillah semua dalam keadaan baik: Ebit Lew

Ebit Lew menerusi Facebooknya pada Sabtu memaklumkan beliau berada dalam keadaan baik
Ebit Lew menerusi Facebooknya pada Sabtu memaklumkan beliau berada dalam keadaan baik
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan memaklumkan bahawa beliau dalam keadaan baik.

Menerusi media sosial Facebooknya pada Sabtu, Ebit Lew turut memohon doa orang ramai agar semuanya berjalan dengan lancar.

“Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Pada 25 Mei, Ebit Lew dilapor berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu berkata, misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai Ebit Lew yang dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Wisma Putra sedang kesan Ebit Lew

Artikel Berkaitan:

Ebit Lew selamat tiba di Mesir misi bantuan di Gaza

Penyanyi dan selebriti media sosial, Caprice sebelum itu turut mengesahkan Ebit Lew berada dalam keadaan selamat dan masih meneruskan misi kemanusiaan di Gaza melalui perkongsian di Instagram miliknya.

Perkongsiannya cukup melegakan selepas kecoh di media sosial apabila rata-rata rakyat Malaysia mula tertanya-tanya keselamatan Ebit Lew.