Layanan berahi GRO di 'private party'

Polis menahan 35 individu termasuk enam wanita asing dalam serbuan parti persendirian di kediaman mewah di ibu negara, pada Jumaat.
Polis menahan 35 individu termasuk enam wanita asing dalam serbuan parti persendirian di kediaman mewah di ibu negara, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan parti persendirian dengan tawaran seks gadis pelayan pelanggan (GRO) membabitkan beberapa bilik di residensi mewah di ibu negara terbongkar dalam serbuan, pada Jumaat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, aktiviti haram itu dikesan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, sebanyak enam bilik diserbu dan seramai 35 individu termasuk 14 wanita berusia 20-an hingga 30-an ditahan.

"Semakan mendapati lima wanita warga Vietnam dan seorang warga Thailand dipercayai GRO manakala dua lagi lelaki merupakan warga China.

"Siasatan awal mengesyaki terdapat kegiatan seks di bilik yang menempatkan wanita terbabit berikutan penemuan kondom. Polis turut menemui 20 botol minuman jus disyaki mengandungi dadah," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tambahnya, soal siasat mendapati bilik mewah itu disewa dengan harga RM1,000 satu malam.

"Kita turut merampas pelbagai barang lain termasuk set peralatan audio, kad akses, lampu disko dan dadu yang dipercayai diguna untuk perjudian," katanya.

Nasri memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan turut diambil di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya.