X

Kindly register in order to view this article
!

Negeri Sembilan sumbang mesin ultrasound, penimbang elektronik OKU

Aminuddin Harun
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menyumbang sebuah mesin ultrasound dan lima buah penimbang elektronik orang kurang upaya (OKU) kepada Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan itu bagi membantu jabatan tersebut memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat di negeri ini.

"Mesin ultrasound bernilai RM60,000 merupakan salah satu inisiatif dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2021 yang telah saya bentangkan pada November tahun lalu.

"Mesin ini akan ditempatkan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) bagi mengukuhkan lagi Jabatan Nefrologi mereka," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya pada Sabtu.

Mengulas lanjut beliau berkata, lima buah penimbang elektronik tersebut adalah hasil sumbangan Pejabat Menteri Besar serta Kelab Pegawai Tadbir dan Diplomatik Negeri Sembilan dengan nilai berjumlah RM50,000.

"Mesin penimbang tersebut bakal memudahkan urusan golongan OKU yang berkerusi roda untuk menimbang berat kerana mereka tidak perlu turun daripada kerusi untuk menggunakannya.

"Untuk makluman, mesin tersebut bakal diletakkan di semua hospital dalam negeri kecuali Hospital Jempol dan Hospital Rembau," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!