Wisma Putra sedang kesan Ebit Lew

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.
“Kami sedang periksa (perkembangan Ebit),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Pada 25 Mei, Ebit Lew dilapor berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.
Kamarudin dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.
Menurutnya, segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir.
Bagaimanapun, tindakan Ebit Lew tidak mengemas kini laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir menimbulkan kerisauan buat masyarakat negara ini khusus pengikutnya.
Pada Khamis, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahawa Ebit Lew berada dalam keadaan baik setelah berjaya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.
Perkongsiannya melalui Instagram miliknya itu cukup melegakan selepas kecoh di media sosial apabila rata-rata rakyat Malaysia mula tertanya-tanya keselamatan Ebit Lew di Palestin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Tahniah Harimau Malaya! tiada cuti umum ya' - Seloroh Anwar
06 Oktober 2026 10:31amKonflik pelajar bermula dalam telefon - Pakar
06 Oktober 2026 10:00amRM10.7 bilion tunggakan bayaran balik PTPTN setakat Ogos
06 Oktober 2026 09:50amBMS 2026 bawa mesej tabungan demi masa depan
06 Oktober 2026 09:45amShuhaily tidak dapat terima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM
05 Oktober 2026 03:13pmMangsa sempat tunjuk foto pembuli sebelum meninggal dunia
06 Oktober 2026 08:30amAnak dicekup khalwat dengan kekasih dalam bilik, ibu dan nenek ada dalam rumah
05 Oktober 2026 10:17pmBos F1 luah rasa kagum
05 Oktober 2026 03:37pm[VIDEO] 'Jika mereka datang dengan niat baik, kami terima' - Keluarga Irene Sofiya
05 Oktober 2026 03:12pm- Iklan -- Iklan -

