Ancaman kemasukan pelarian Rohingya

Menurut laporan akhbar ini semalam, tiap seorang perlu bayar RM10,000 kepada ‘ejen’ untuk tujuan itu.
Menurut laporan akhbar ini semalam, tiap seorang perlu bayar RM10,000 kepada ‘ejen’ untuk tujuan itu.
A
A
A

NAMPAKNYA bukan kecil anak sindiket yang bawa masuk orang Rohingya ke Malaysia. Mereka masuk melalui perairan Malaysia di sebelah utara. Menurut laporan akhbar ini semalam, tiap seorang perlu bayar RM10,000 kepada ‘ejen’ untuk tujuan itu.

Pendedahan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) sepatutnya membuka mata kita semua. Kedatangan orang Rohingya sudah menjadi masalah besar. Mereka dibawa ke mari secara terancang. Malah ada yang sudah disediakan ‘jodoh’ di sini.

Awang hargai tugas sukar yang dihadapi oleh Maritim dalam soal ini. Perairan Malaysia bukan kecil. Maka, perairan Langkawi perlu dipantau dengan ketat. Mereka datang dengan bot dan berharap akan dibenarkan masuk atas dasar kemanusiaan.

Memang Malaysia bersimpati dengan keadaan pelarian Rohingya yang ditindas oleh kerajaan Myanmar. Tetapi Malaysia bukan tempat berlabuh mereka.

Selama ini pun banyak pihak dah tanyakan dasar Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dalam soal Rohingya. Sudah banyak dibangkitkan bahawa begitu banyak pendatang Rohingya yang diberikan kad UNCHR. Menurut laporan terbaru angkanya 101,584 orang di Malaysia.

Bagaimanapun, kerajaan masih anggap mereka pendatang asing tanpa izin (PATI). Mereka adalah pendatang sementara menunggu negara ketiga. Itu dasar yang betul. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, keselamatan negara patut diutamakan.

Bukan Rohingya sahaja yang patut dikawal tetapi mereka yang masuk dari perairan Sabah dan lorong tikus di seluruh negara. Simpati kita juga ada tempatnya.

Artikel Berkaitan: