Cemerlang, terlalu cemerlang!

Keputusan SPM 2020 itu adalah yang terbaik dalam masa lima tahun.
Keputusan SPM 2020 itu adalah yang terbaik dalam masa lima tahun.
A
A
A

TERLEBIH dahulu Awang nak ucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun sudah. Keputusannya sangat memberangsangkan. Kata Menteri Kanan (Pendidikan), keputusan SPM itu adalah yang terbaik dalam masa lima tahun.

Begitu cemerlang keputusan SPM tahun ini hinggakan ada yang bertanya dengan persekitaran akademik yang tak menentu akibat Covid-19, bolehkah keputusan sebegitu dicapai?

Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad antara yang menanyakan hal itu. Dalam keadaan guru-guru dan ibu bapa mengeluh akibat pembelajaran anak-anak mereka terjejas, keputusan SPM menunjukkan sebaliknya.

Katanya, pelajar tak ke sekolah selama 110 hari tahun lepas. Guru-guru mengaku susah nak laksana Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Timbul juga masalah kemudahan komputer dan wifi di antara bandar dan luar bandar. Tapi keputusan SPM sangat cemerlang.

Menurut Anuar, bagus sangatlah negara lain belajar daripada pengalaman Malaysia. Keputusan SPM kita macam keadaan persekolahan normal malah lebih baik lagi.

Kata beliau, data ini bertentangan dengan banyak kajian pendidikan termasuk yang dibuat oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Kedua-duanya mengesahkan bahawa pembelajaran pelajar terjejas teruk di tengah wabak Covid-19. Mungkin Malaysia berbeza dengan negara lain.

Artikel Berkaitan: