X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu maut, kereta terbalik

Keadaan kenderaan mangsa akibat kemalangan di Kilometer 13 Jalan Bahau-Kemayan pada Jumaat. - Foto PDRM
A
A

JEMPOL - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 13 Jalan Bahau-Kemayan pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa dikenali sebagai Murugen, 40, dari Bahau maut akibat kecederaan parah.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa memandu kereta jenis Proton Wira dari arah Ayer Hitam menghala ke Bahau.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian semasa melalui jalan selekoh, mangsa dipercayai telah terbabas ke kiri jalan dan melanggar tebing tanah lalu terbalik.

"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada Sabtu.

Menurutnya, mayat mangsa seterusnya akan dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat pada pagi Sabtu kira-kira jam 9 pagi bagi mengetahui punca kematian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!