Copa America: Peluang Argentina akhiri kemarau 28 tahun

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

GERGASI Amerika Selatan, Argentina berpeluang mengakhiri kemarau 28 tahun apabila sekali lagi tampil dengan kesebelasan terbaik bagi saingan Copa America yang bakal menyingkap tirai di laman seteru terdekat Brazil.

Argentina yang pada mulanya dipilih sebagai tuan rumah tahun ini, terpaksa mengumumkan penarikan diri sebagai penganjur pada saat akhir, berikutan peningkatan kadar kes Covid-19 yang menyebabkan kejuaraan berprestij bola sepak Amerika Selatan tersebut berpindah ke Brazil.

Kali terakhir Argentina menjuarai kejohanan adalah pada edisi 1993 yang menyaksikan kejuaraan ke-14 dipacu bahagian tengah oleh Diego Simeone dan penyerang sensasi Gabriel Batistuta.

Sejak itu dari 2004, mereka hanya berjaya berada di pentas final sebanyak empat kali, namun masih gagal membawa trofi kejuaraan ke negara yang bola sepak menjadi satu kebanggaan walaupun memiliki pemain berstatus bintang Lionel Messi.

"Menjulang kejuaraan Copa America sememangnya menjadi antara impian pemain Argentina.

"Malah dalam apa sahaja pertandingan, pemain-pemain Argentina mahu menghadiahkan sesuatu kejuaraan buat negara mereka. Sejujurnya keazaman itu tidak hanya dalam kalangan pemain muda tetapi juga pemain senior," kata Messi yang bakal berusia 34 tahun pada 24 Jun ini.

Argentina diundi dalam Kumpulan A bersama Uruguay, Chile, Paraguay dan Bolivia.

Artikel Berkaitan: