X

Kindly register in order to view this article
!

Brazil setuju ber'samba' di Copa America

Brazil juara Copa America 2019.
A
A

BRAZIL akhirnya bersetuju menyertai serta menjadi tuan rumah Copa America yang dijadualkan bermula pada 14 Jun hingga 10 Julai 2021 setelah tuan rumah bersama, Colombia dan Argentina digugurkan oleh pihak Konfederasi Sepak Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBAL).

Menurut kesebelasan pemain Brazil, biarpun keputusan ‘mengalihkan' penganjuran Copa America itu dibuat secara mendadak oleh CONMEBAL, namun Brazil telah bersetuju untuk menyertai serta menganjurkan Copa America di sebalik peningkatan kes-kes Covid-19 di negara berkenaan.

Malah pemain-pemain skuad Selecao tu didapati meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing berhubung perkara berkenaan di media sosial.

“Presiden Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF), Rogerio Caboclo membuat keputusan untuk memindahkan venue Copa America ini juga dibuat tanpa mengadakan sebarang rundingan dengan kami.

“Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan, namun kami bersetuju kerana tidak mahu menjadikan organisasi Copa America sebagai tempat perbahasan politik,” kata pemain-pemain berkenaan, menurut laporan media tempatan.

Untuk rekod, Brazil mempunyai angka Covid-19 yang membimbangkan, dengan lebih daripada 475,000 kematian setakat ini.

Brazil, juara bertahan Copa America 2019 bakal berdepan Venezuela pada aksi pembukaan Copa America di Stadium Mane Garrincha pada petang Ahad.

Kejohanan dwi tahunan itu menyaksikan Brazil berada dalam Kumpulan A bersama Colombia, Ecuador, Peru dan Venezuela.

Brazil menewaskan Peru 3-1 pada aksi final di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, pada 7 Julai 2019 lalu.

PENJAGA GOL: Alisson (Liverpool), Ederson (Manchester City), Weverton (Palmeiras)

PERTAHANAN: Emerson (Barcelona), Danilo, Alex Sandro (Juventus), Renan Lodi, Felipe (Atletico Madrid), Éder Militão (Real Madrid), Marquinhos (Paris Saint-Germain), Thiago Silva (Chelsea)

TENGAH: Casemiro (Real Madrid), Douglas Luiz (Aston Villa), Everton Ribeiro (Flamengo), Fabinho (Liverpool), Fred (Manchester United), Lucas Paquetá (Lyon)

PENYERANG: Everton (Benfica), Roberto Firmino (Liverpool), Gabriel Barbosa (Flamengo), Gabriel Jesus (Manchester City), Neymar (Paris Saint-Germain), Richarlison (Everton), Vinicius Junior (Real Madrid)


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!