X

Kindly register in order to view this article
!

Allahyarham Harussani tegas galas tanggungjawab demi Islam, Melayu

Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria
A
A

IPOH - Bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria sentiasa mengingatkan pentingnya peranan raja pemerintah sebagai payung agama Islam dan benteng pertahanan adat Melayu.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, selama 36 tahun berkhidmat sebagai mufti, Allahyarham menyempurnakan tanggungjawab tegas dan teguh berprinsip berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah serta logik qias yang bernas.

"Sepanjang hayatnya, agama Islam, institusi Raja Melayu, orang Melayu, kedudukan dan pencapaian ummah dari sudut pendidikan dan ilmu, taraf sosial dan kemajuan ekonomi, perpaduan dan penguasaan politik merupakan mauduk yang sangat dekat di hati beliau.

"Oleh itu, para ulama dan wazir wajib menyembahkan sebaik nasihat kepada raja pemerintah supaya institusi tersebut dijamin kedaulatannya dan tidak dicemari atau dipersendakan," katanya.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim

Beliau berkata demikian ketika membaca Khutbah Jumaat bertajuk 'Ulama Pembimbing Ummah' di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Jumaat.

Menurutnya, sepanjang perjuangan dakwah, Allahyarham sering menitiskan air mata memikirkan nasib agama dan bangsa.

"Pemergian beliau meninggalkan amanat untuk diteruskan oleh kita yang masih dikurniakan usia di dunia ini.

"Sangatlah penting untuk ulama dihargai dan menghormati nasihat dengan menimba ilmu daripada mereka. Pada masa sama, wajib ada usaha berterusan untuk melahirkan lebih ramai ulama," katanya.

Harussani, 82, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kira-kira jam 2.45 petang pada 30 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mufti Perak meninggal dunia


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!