Giliran PSNP tinggalkan PSM

Kenyataan akhbar daripada PSNP pada Jumaat.
Kenyataan akhbar daripada PSNP pada Jumaat.
A
A
A

PERSATUAN Sepak Takraw Negeri Pahang (PSNP) menjadi ahli gabungan ke-12 Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengumumkan keluar daripada badan induk itu berkuatkuasa serta-merta Jumaat.

Menurut Yang Dipertua PSNP, Tengku Datuk Muhamad Sultan Abu Bakar, keputusan itu diambil selepas mengikuti perkembangan semasa yang membabitkan sukan takraw di negara ini.

"PSNP melalui keputusan mesyuarat Exco PNSP secara maya pada 29 Mei lalu memutuskan penarikan diri daripada ahli gabungan PSM berkuatkuasa serta-merta setelah membuat pertimbangan sehabis baik.

"PSNP berharap semua usaha yang digerakkan ke arah kebaikan sukan sepak takraw di dalam negara dan di persada antarabangsa haruslah diberi peluang dan sokongan demi kepentingan semua pihak.

"PSNP setulus hati ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan PSM dalam memartabatkan sukan sepak takraw selama ini," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Keputusan tersebut menyaksikan PSNP mengikuti jejak Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pestap), Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ), Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (Pestak) dan Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT).

Turut sama mengikuti langkah meninggalkan PSM ialah Persatuan Sepak Takraw Perak (Persedar), Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans), Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) dan Persatuan Sepaktakraw Negeri Sabah (Astaka).

Artikel Berkaitan: