Cools mahu Harimau Malaya lebih 'cool'

Dion Cools
Dion Cools
A
A
A

PEMAIN kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools percaya Harimau Malaya telah bersedia menghadapi perlawanan 'hidup-mat'i menentang Vietnam bagi perlawanan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 tengah malam nanti.

Cools, 24, berkata, selepas kekalahan kepada UAE minggu lepas, dia dan rakan-rakan sepasukannya telah bekerja keras sepanjang minggu dalam sesi latihan bagi memperbaiki kelemahan selain menganalisa perlawanan pasukan lawan.

“Ia suatu yang bagus untuk keseluruhan pasukan bersedia hadapi perlawanan ini yang amat penting bagi kami. Saya rasakan pasukan telahpun bersedia.

"Saya berharap yang kami dapat bermula dengan pantas dan berharap kami akan dapat catatkan keputusan yang bagus,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum perlawanan di Dubai tengah malam Jumaat.

Malaysia akan bertemu Vietnam yang mahu mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada kempen kelayakan ini kepada tujuh perlawanan di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sebaliknya, Malaysia gagal bermula dengan rentak positif dalm kempen di Dubai apabila tewas 0-4 kepada UAE di Stadium Zabeel pada awal pagi Jumaat lalu.

“Tentu sekali jika anda kalah 0-4, ia sesuatu yang sukar untuk mengatakan yang anda bermain dengan baik kerana anda menang sebagai satu pasukan dan kalah juga sebagai satu pasukan. Mungkin saya puas hati (prestasi individu), namun apa yang penting ialah anda mahu menang perlawanan,” ujar Cools.

Mengenai pertemuan dengan Vietnam, Cools akan pertama kali berhadapan dengan pasukan bimbingan Park Hang-seo berkata, kekuatan pasukan ‘Golden Dragon’ itu ialah keupayaan untuk bermain dengan pantas, sekali gus akan mencabar kekuatan fizikal dan minda pemain kebangsan dalam perlawanan itu.

Artikel Berkaitan:

“Ia satu cabaran besar bagi hadapi pertahanan mental, kami berlatih pelbagai taktik bagi hadapinya dan terpulang kepada kami esok untuk tunjukkan apa yang telah kami berlatih dan lakukannya atas padang,” jelasnya.

Selepas enam perlawanan, Vietnam kini mendahului kumpulan dengan 14 mata, diikuti UAE (12 mata), Thailand (sembilan mata) dan Malaysia keempat (sembilan mata) dan Indonesia di kedudukan tercorot dengan satu mata. - Bernama