X

Kindly register in order to view this article
!

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Bank Negara Malaysia - Foto 123RF
A
A

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM30.81 bilion daripada RM38.92 bilion pada pagi ini, manakala dalam sistem Islam, mudah tunai menyusut kepada RM20.20 bilion daripada RM23.05 bilion sebelumnya.

Pada Jumaat, bank pusat menawarkan satu tender pasaran wang lelongan julat tempoh matang (RMA), tender repo, tender repo berbalik dan tender Program Murabahah Komoditi.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.

BNM juga menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM19.2 bilion daripada RM16.8 bilion.

Pada 4 petang, BNM memohon tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM19.20 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Kadar faedah semalaman Islam purata ialah pada 1.72 peratus, manakala kadar bagi satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.81 peratus dan 1.85 peratus. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!