Kes cabul: Ahli politik berdepan dua lagi pertuduhan

HAZANI
HAZANI
A
A
A

KOTA BELUD - Seorang lelaki yang juga ahli sebuah parti politik tempatan yang didakwa lima pertuduhan mencabul kehormatan dua wanita di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Khamis mungkin akan berdepan dua lagi pertuduhan baharu.

Dua lagi kertas siasatan terhadap ahli politik berusia 52 tahun itu membabitkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan No 2) 2021.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Siasatan sudah selesai dan kertas siasatan yang lengkap juga sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Kemungkinan pendakwaan dilakukan atau sebaliknya terpulang kepada mereka (pejabat Peguam Negara)," katanya ketika ditemui pemberita pada Jumaat.

Sebelum ini, lelaki terbabit dituduh di Mahkamah Majistret kerana mencabul kehormatan dua wanita termasuk seorang daripadanya adalah peserta Unduk Ngadau peringkat negeri.

Bagaimanapun, lelaki tersebut dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan bersama dua penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkan ahli politik itu menyerahkan pasport dan diarahkan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis.

Artikel Berkaitan: