Semangat Dinamo Zagreb motivasi Croatia

Bruno Petkovi
Bruno Petkovi
A
A
A

BINTANG Croatia, Bruno Petkovic berharap kejayaan kelab sensasi, Dinamo Zagreb mengejutkan Tottenham Hotspur menjadi azimat kepada rakan-rakannya menjelang aksi menentang England bagi aksi kumpulan D Euro 2020 di Stadium Wembley pada Ahad.

Malah menurut Petkovic, perlawanan tambah menarik apabila dia berpeluang berdepan kelibat penyerang sensasi Tottenham dan England, Harry Kane.

“Saya teruja untuk berdepan Kane dan berharap kejayaan ke atas Tottenham dalam saingan Liga Europa sebelum ini, dapat dicipta sekali ke atas skuad England oleh pemain-pemain skuad kebangsaan Croatia.

“Sejujurnya, saya dan pemain Dinamo Zagreb masih teruja dengan kejayaan itu, kerana itu merupakan detik manis sepanjang tempoh menyarung jersi kelab gergasi Croatia ini,” katanya pemain berusia 26 tahun itu.

Juara Croatia, Dinamo sebelum ini bangkit di Zagreb menewaskan Spurs 3-0 pada aksi timbal balik kedua pada pusingan 16, untuk mara dengan 3-2 secara agregat.

Pada saingan Euro 2020 kali ini Croatia di undi dalam kumpulan D bersama pasukan ranking keempat dunia England, Republik Czech dan Scotland.

Artikel Berkaitan: