Perbankan digital dijangka ubah landskap perbankan, kewangan global

Mohammad Sahar Mat Din
Mohammad Sahar Mat Din
A
A
A

SHAH ALAM - Perbankan digital dijangka menjadi inovasi yang akan mengubah landskap perbankan dan kewangan global seterusnya membawa negara ke satu era baru.

Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Mohammad Sahar Mat Din berkata, perkembangan itu memberi implikasi besar kepada pelbagai sektor terutamanya ekonomi, sosial kenegaraan dan juga politik.

Mohammad Sahar berkata, ia seiring dengan perkembangan inovasi e-niaga dalam melahirkan persaingan baharu dalam dunia kewangan masa kini.

“Di Malaysia, e-niaga yang mencecah RM24 bilion pada tahun 2019 dijangka berganda menjadi RM52 bilion pada tahun 2024.

“Bank digital adalah komponen wajib dalam ekosistem e-niaga, menjalankan fungsi yang berbeza dari fungsi bank-bank yang ada sekarang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bank digital merupakan salah satu manifestasi tentang perubahan yang sedang belaku.

Menurutnya, kesan daripada perkembangan tersebut turut menyebabkan perubahan terhadap pola demografi perdagangan yang akan dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk yang beragama Islam.

“Untuk tujuan ini, DPIM menggesa supaya kerajaan memberi peruntukan khas sekurang-kurangnya satu lesen bank digital patuh syariah untuk membolehkan penubuhan satu bank waqaf digital milik institusi wakaf.

Artikel Berkaitan:

“Penggabungan pengurusan wakaf dengan bank digital pasti akan memulakan satu pembaharuan dalam sikap ummah terhadap amalan wakaf, yang boleh mencapai potensi wakaf sebagai ekonomi ketiga dalam sistem ekonomi Islam.

“Cita-cita ini tidak boleh dijayakan tanpa kemahuan politik dari Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan lesen ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: DPIM gesa kerajaan peruntuk lesen penubuhan bank wakaf digital