Di sebalik kontroversi, Macron, Erdogan bakal adakan perbincangan

Gambar dari kiri: Emmanuel Macron, Recep Tayyip Erdogan
Gambar dari kiri: Emmanuel Macron, Recep Tayyip Erdogan
A
A
A

PARIS - Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata meskipun sering berbeza pendapat dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan namun, kedua-dua pemimpin memutuskan untuk mengadakan perbincangan, lapor Anadolu memetik akhbar Le Monde.

"Kami akui kami selalu berbeza pendapat dan sering terjadi kontroversi antara kami. Namun kami tetap perlu berbincang," kata Macron pada sidang media menjelang Sidang Kemuncak G7 dan Mesyuarat Menteri-Menteri NATO di Brussels.

Macron dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Erdogan pada Isnin di Brussels.

Kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan mengenai situasi antarabangsa termasuk konflik di Syria, Libya dan Nagorno-Karabakh.

Selain itu, kontroversi dalam NATO seperti mendapatkan senjata dan operasi sepihak yang bertentangan dengan kepentingan sekutu juga akan menjadi topik perbincangan.

Menurut Macron turut menjadi tumpuan perbincangan ialah dasar dan perundangan domestik Perancis yang baru-baru ini dikatakan menyasarkan masyarakat Islam, yang memburukkan lagi hubungan dengan Erdogan dan menyebabkan Turki memboikot produk Perancis. - Bernama

Artikel Berkaitan: