Lelaki jana pendapatan sampingan jual senapang tiruan ditahan

Abdul Majid (tengah) melihat sebahagian senapang tiruan yang dirampas dalam serbuan yang dilakukan pada Khamis.
Abdul Majid (tengah) melihat sebahagian senapang tiruan yang dirampas dalam serbuan yang dilakukan pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Tindakan seorang lelaki menjual senapang tiruan yang dihasilkan memakan diri selepas ditahan polis di sebuah rumah di Jasin di sini pada Khamis.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek berusia 35 tahun dan bekerja kampung itu ditahan dalam satu operasi yang dijalankan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah D9 Bukit Aman selepas risikan mendapati dia menjual senapang terbabit sebagai pendapatan sampingan.

Menurutnya, susulan penahanan suspek, polis berjaya mengesan empat individu lain berusia 34 hingga 65 tahun dan merampas lapan laras senapang tiruan.

"Soal siasat awal suspek mendakwa senapang itu hanya digunakan untuk memburu bintang liar.

"Bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan, suspek turut menjual senapang tiruan yang dihasilkan itu kepada kenalan rapat dan penduduk sekitar," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini pada Jumaat.

Jelas beliau, kegiatan itu dipercayai telah dijalankan lebih setahun lalu dan rampasan itu merupakan yang terbesar membabitkan senjata tiruan di Melaka bagi tahun ini.

"Kita memberi amaran keras kepada orang awam yang membeli atau menyimpan senapang tiruan itu agar segera hadir ke balai polis berhampiran untuk menyerahkan senjata berkenaan sebelum polis membuat serbuan secara besar-besaran," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis turut merampas 14,800 batang rokok seludup pelbagai jenis disyaki tanpa cukai Kastam di rumah seorang bekas sidang di daerah itu.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.