Pejuang nafi jemputan sidang akhbar khas penyertaan Azmin

Surat jemputan yang tular di media sosial berhubung penyertaan Mohamed Azmin.
Surat jemputan yang tular di media sosial berhubung penyertaan Mohamed Azmin.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Perjuang Tanah Air (Pejuang) menafikan penularan satu jemputan sidang akhbar berhubung penyertaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut jurucakap parti itu, perkara itu tidak benar kerana pejabat yang menempatkan presiden pro-tem parti, Tun Dr Mahathir Mohamad ditutup kerana negara kini dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

"Tidak benar, Yayasan Perdana tutup, semua 'work from home'," katanya dalam satu hantaran melalui aplikasi kumpulan WhatsApp parti tersebut.

Pada Jumaat tular satu jemputan sidang akhbar khas melibatkan Dr Mahathir dan Mohamed Azmin yang akan mengumumkan penyertaannya ke parti tersebut.

Terdapat dua versi jemputan iaitu di Yayasan Perdana dan Yayasan Al Bukhary.

Mesej tersebut turut meletakkan nama Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin

Artikel Berkaitan: