Gesa ambil tindakan pemilik Facebook hina ALLAH

Zamrin menunjukkan salinan laporan polis yang menggesa pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook didakwa menghina agama Islam, di IPD Seri Alam, Johor Bahru, pada Khamis.
Zamrin menunjukkan salinan laporan polis yang menggesa pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook didakwa menghina agama Islam, di IPD Seri Alam, Johor Bahru, pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Ayahanda Malaysia (Masia) dan Majlis Ayahanda Johor (MAJ) menggesa polis bertindak terhadap pemilik akaun Love Of LGBTQ Malaysia yang didakwa telah menghina agama Islam.

Bendahari Masia, Zamrin Hamzah berkata, perbuatan pemilik akaun berkenaan yang meletakkan gambar baju putih dengan tulisan bersifat biadab dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Beliau menegaskan, perbuatan tersebut jelas bersifat provokasi, berbahaya malah menghina Islam sebagai agama rasmi negara ini.

"Segera bawa individu terbabit ke muka pengadilan, sudah berapa kali agama Islam dihina dan tidak hukuman setimpal dikenakan.

"Kalau perlu pinda undang-undang yang ada dengan mengenakan hukuman yang berat.

"Sampai bila agama kaum majoriti di negara ini mahu dipersendakan? Kes ini perlu dijadikan contoh kepada hukuman yang lebih berat. Kita

tidak mahu lagi apabila menghina agama, pihak berkenaan minta maaf dan senyap, kemudian berulang lagi insiden yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan bersama-sama Timbalan Yang Dipertua MAJ, Mohd Fairuz Iskandar Abdul Aziz di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perbuatan pemilik akaun itu mencetuskan kemarahan netizen dan buktinya boleh dilihat dalam ruangan komen Facebook berkenaan termasuk mahu pihak berkuasa segera menjejaki individu terbabit.

Kata Zamrin, perbuatan itu serius dan jika dibiarkan boleh mencetuskan perbalahan antara agama.