1,663 calon SPM di Selangor peroleh semua A

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1,663 daripada 71,187 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Selangor memperoleh semua A dalam keputusan peperiksaan itu yang diumumkan pada Khamis.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Anismah M Noh berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 72 orang berbanding jumlah calon yang mendapat semua A pada 2019 berjumlah 1,735.

Menurutnya, walaupun gred purata SPM 2020 negeri Selangor menunjukkan penurunan, jurang pencapaian di antara pelajar bandar dan luar bandar semakin mengecil.

“Perbezaan gred purata pelajar di bandar iaitu 4.82 mata dan luar bandar yang mencatat 5.06 mata turut berkurang kepada 0.24 berbanding 0.31 pada 2019.

“Gred purata pencapaian SPM 2020 negeri Selangor mencatat penurunan kepada 4.90 mata berbanding 4.86 mata pada tahun 2019 perbezaan sebanyak -0.04

“Jumlah calon yang layak mendapat sijil meningkat dari 84.30 peratus pada 2019 kepada 85.40 peratus dan 22.42 peratus daripada calon SPM 2020 berjaya mendapat gred diantara A+ hingga C,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media pada Jumaat.

Tambahnya, calon SPM 2020 yang ingin membuat permohonan semakan semula keputusan mereka boleh berbuat demikian dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman keputusan dibuat

Pada masa sama, beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) warga JPNS, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pengetua, guru-guru, dan semua yang terlibat dalam SPM 2020.

Artikel Berkaitan: