Pemimpin PBS tiba di Istana Negara

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, tiba di Istana Negara bagi sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan yang membawa beliau dilihat masuk melalui pintu 2 Istana Negara pada jam 2.16 petang.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) merupakan pemimpin parti politik terakhir yang sembah menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.

Berdasarkan sesi sembah menghadap pemimpin politik sebelum ini, kemungkinan sembah menghadap akan berlangsung dalam tempoh sejam.

PBS merupakan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga sekutu kerajaan Perikatan Nasional (PN).

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid tiba di Istana Negara

MIC selesai menghadap Agong

Artikel Berkaitan: