X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Suami isteri diberkas, dadah RM9.3 juta dirampas

Azmi (tiga kiri) menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam serbuan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM9.3 juta selepas menahan tiga individu termasuk suami isteri dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dalam serbuan bermula jam 2.15 petang Sabtu lalu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur berjaya memberkas kesemua suspek berusia 21 dan 31 tahun di sebuah rumah di Cheras.

Menurutnya, soal siasat kemudian membawa serbuan pada hari yang sama dan keesokan harinya ke atas tiga lagi kediaman termasuk sebuah apartment di sekitar Cheras, Kuala Lumpur dan Kajang, Selangor.

"Polis merampas dadah jenis heroin base seberat kira-kira 98 kilogram (kg), heroin (2 kg), ketamin (9.8 kg) dan 59,000 pil Erimin 5 (16 kg) bernilai RM9.3 juta.

Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

“Selain itu, tiga kenderaan jenis Toyota Vellfire, dua kereta jenis Honda City dan Proton Iswara dengan nilai keseluruhan RM512,900, selain wang tunai berjumlah RM400 turut disita untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati empat premis terbabit dijadikan tempat penyimpanan dadah dan disewa dengan bayaran antara RM1,000 dan RM2,000 sebulan sejak tiga bulan lalu.

Katanya, semakan lanjut menunjukkan kesemua suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah.

Tambahnya, tangkapan ke atas suspek membolehkan polis menumpaskan kegiatan pemprosesan dan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang yang didalangi suspek berusia 21 tahun itu.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengesan sejak bila sindiket ini aktif. Kes disiasat di mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!