Inkues tidak patut ditangguhkan: Hakim

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menolak permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield (Task Force) untuk menangguhkan sementara prosiding Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Panel tiga Hakim Mahkamah AeRayuan yang diketuai oleh Datuk Umi Kalthum Abdul Majid memutuskan bahawa inkues tersebut berkepentingan awam dan berkontroversi.

"Ia tidak patut ditangguhkan pada bila-bila masa," katanya.

Justeru, inkues tersebut diteruskan pada Isnin depan seperti yang dijadualkan.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 4 Mac depan untuk pihak- pihak memfailkan afidavit berhubung permohonan rayuan badan itu untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi diputuskan.

Mahkamah turut memerintahkan badan itu untuk menjelaskan mengenai kelayakannya mewakili kuil tersebut.

Jawatankuasa itu selaku perayu dalam permohonan ini diwakili oleh Peguam, M Visvanathan manakala Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Dusuki Mokhtar mengetuai barisan defendan.

Badan itu memfailkan notis usul

Artikel Berkaitan:

untuk menggantungkan perbicaraan inkues tersebut pada 11 Februari lepas.

Inkues Kematian Muhammad Adib bermula pada 11 Februari lalu dan prosiding memasuki hari ke lapan dengan 13 saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Pada 31 Januari lalu, Mahkamah Koroner menolak permohonan jawatankuasa itu untuk menyertai pihak-pihak berkepentingan dalam prosiding tersebut atas alasan tidak mempunyai kepentingan nyata, substansif dan munasabah.

Kuil tersebut kemudiannya memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ab Karim Ab Rahman turut menolak permohonan jawatankuasa kuil itu dan bersetuju terhadap keputusan Mahkamah Koroner.